Monday, July 29, 2013

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu

i.    Mengerjakan Solat malam bermula dari masuk waktu Solat Isyak hingga ke Solat Subuh.

ii.   Perbanyakkan bacaan Al-Quran dan berzikir kepada ALLAH S.W.T. serta beristiqfar.

iii.  Beriktikah dalam mesjid.

iv.   Berdoa kehadrat ALLAH S.W.T.

Sunday, July 28, 2013

Majlis Berbuka Puasa 18 Ramadhan 1434H

Majlis berbuka puasa di surau ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kira-kira 100 orang hadir dalam majlis ini. Ini merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi Surau Hajjah Mariam. Mulai jam 6.45 p.m, ahli kariah sudah pun memenuhi tempat duduk masing-masing. Sebelum berbuka, Tok Bilal Haji Awang mengepalai bacaan Tahlil dan Ustaz Hishammuddin mengimani Solat Maghrib.

Inilah gambaran suasana pada petang itu.


Semua persiapan telah selesai dibuat hanya tunggu waktu nak berbuka sahaja.



























Kaum Ibu dan anak-anak gadis memenuhi ruang di dalam Dewan Makan bagi menikmati juadah berbuka puasa.













Khemah didirikan untuk keselesaan para ahli kariah.

Pok Mat dan Rozak sibuk bubuh nasi sementara Che gu Din bersiap sedia nak mengaturnya. Pendi begitu tekun memerhati rakan-rakannya bekerja.

Tokey Air Tea Ping, Amirruddin mempelawa orang merasai keenakan dan kesejukkan air ciptaannya. 






























Menu masakan hari ini adalah Nasi Putih + Gulai Daging + Kari Kambing + Sayur Goreng Campur + Sambal Belacan + Timun Cina + Minuman Berkasiat.

Monday, July 22, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 1434H

MAJLIS BERBUKA PUASA
HARI SABTU
JAM 6.30 P.M
27 JULAI 2013
18 RAMADHAN 1434H

Datanglah beramai-ramai

Saturday, October 22, 2011

Berilmu Beramal Kunci Kejayaan

Kata-kata hikmat Iman Al-Ghazali r.a

" Beramal Tanpa Ilmu Gila...Berilmu Tanpa Amal Sia-Sia ".

Thursday, August 25, 2011

JAWATANKUASA SURAU HAJJAH MARIAM MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG-PENYUMBANG DIATAS SUMBANGAN YANG DIHULURKAN.

Kepada:

1.        Y.B. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Ibrahim @ Ibrahim Fikri,
           Ahli Parlimen Kuala Nerus.

2.        Y.B. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, S.M.Z.
           Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Seberang Takir

3.        En. Razak
           Sri Aman Seafood Restautrant
           Jalan Lapangan Terbang
           Kuala Terengganu

4.        Hamba-Hamba ALLAH

Monday, July 18, 2011

Jemputan Majlis Tahlil Dan Solat Hajat

Dijemput semua Ahli Kariah Kg. Sebongkok, Seberang Takir
Ke Majlis Tahlil Dan Solat Hajat

1.   Rumah Che gu Mat Ibrahim
      Tarikh :  23hb. Julai 2011
      Masa   :  Selepas Solat Isyak

2.   Rumah En. Abdul Aziz bin Endut
      Tarikh :  24hb. Julai 2011
      Masa   :  Selepas Solat Isyak

MAJLIS GOTONG-ROYONG
Tarikh :  23hb. Julai 2011(HARI SABTU)
Masa   :  8.15 Pagi

Makmurkan masjid tanggungjawab orang beriman

ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 19 yang bermaksud: “Dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim”.

Ayat itu jelas menunjukkan bahawa usaha memakmurkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah. Allah SWT dengan tegas menyatakan bahawa tugas memakmurkan masjid Allah hanya dilaksanakan oleh orang yang beriman. Maka orang yang tidak memakmurkan masjid bererti bukanlah orang yang benar-benar beriman.

Satu hadis yang menjelaskan mengenai keutamaan membangun masjid iaitu diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Usman, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang membangun sebuah masjid untuk mencari keredaan Allah SWT, nescaya Allah SWT membangun untuknya sebuah rumah dalam syurga.

Bagaimanapun bagi setiap Muslim perlulah memelihara adab yang disyariatkan mengenai masjid, antaranya:
·  Pertama: Masuk ke dalam masjid hendaklah mendahulukan kaki kanan dan keluar dengan mendahulukan kaki kiri. Sebelum ke masjid hendaklah membaca doa ke masjid seperti diajar Nabi SAW, antaranya: Allahummaj’al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam’i nuran, wa’an yamini nuran, wa’an syimali nuran, wa’an amami nuran, wa’an khalfi nuran, wafi ‘ashabi nuran wafi lahmi nuran, wafi sya’ri nuran wafi basyari nuran (yang bermaksud: Wahai Tuhanku, jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di sebelah mukaku, cahaya di sebelah belakangku, cahaya pada uratku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada rambutku, dan cahaya pada kulitku.)
·  Kedua: Mengerjakan solat dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk masjid.
·  Ketiga: Duduk dalam masjid dengan menghadap kiblat.
·  Keempat: Berniat iktikaf selama duduk di dalamnya.
·  Kelima: Memelihara kebersihan masjid dan tidak mengotorinya.
·  Keenam: Tidak melakukan perkara tidak disukai syarak seperti bernyanyi, bertanyakan barang-barang yang hilang dan seumpamanya.

Bagi persoalan bagaimana cara untuk kita memakmurkan masjid, ada banyak sebenarnya. Ini termasuk:

Pertama: mendirikan masjid di tempat dirasakan perlu untuk memudahkan umat Islam mendirikan jamaah. Hukum melaksanakan perkara ini adalah fardu kifayah.

Kedua: membantu dan menyokong masjid yang sudah didirikan.

Ketiga: memuliakan masjid dengan tetap melakukan ibadat di dalamnya, menyebut Allah di dalamnya, sentiasa tetap didirikan solat berjemaah, mengadakan program ilmu seperti tazkirah, kuliah ilmu dan seumpamanya.
Keempat: menjaga adab dalam masjid seperti yang sudah diterangkan di atas.

Bagi mereka yang dilantik menguruskan masjid, hendaklah melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada masjid seperti memperbaiki masjid, memastikan azan sentiasa dikumandangkan setiap kali masuk waktu solat, memastikan solat berjemaah sentiasa didirikan, ‘mewangikan’ masjid dan memasang lampu sekadar perlu lebih-lebih lagi setiap kali hari raya, menambah pendapatan wakaf masjid dengan berlaku jujur dan ikhlas dalam menjaga harta itu.

Pada masa sama, hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakas masjid, manakala pegawai masjid, imam, muazzin, tukang bersih dan seumpamanya hendaklah menjalankan tugas yang telah ditetapkan untuk mereka.