Tujuh dasar dalam surah panduan hidup selamat
Soalan: DALAM solat kita wajib membaca al-Fatihah. Saya mendengar seorang ustaz ketika ceramah di masjid menyuruh memahami makna al-Fatihah. Setiap hari saya solat tapi tidak terfikir untuk memahami makna al-Fatihah. Bagaimana hendak menghayatinya ketika solat? Saya tidak faham bahasa Arab. Perlukah saya belajar bahasa Arab sedangkan usia sudah lanjut.

Jawapan: Alhamdulillah wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Untuk menghayati surah al-Fatihah, kita perlu mengetahui terjemahannya. Kemudian memahami penjelasan atau tafsirnya.
Sebenarnya al-Fatihah adalah surah paling istimewa dalam al-Quran. Ia satu-satunya surah yang wajib dibaca pada setiap rakaat solat.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Said Rafi al-Mualla berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Mahukah kamu aku beritahu surah paling istimewa dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid? Kemudian Baginda memegang tangan saya. Ketika kami hendak keluar saya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan tadi berjanji akan mengkhabarkan surah paling istimewa dalam al-Quran kepada saya.” Baginda bersabda: “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, iaitu tujuh ayat yang sering dibaca dari al-Quranul ‘Azhim yang sudah diturunkan kepadaku.”
Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman menyebut tujuh dasar yang terkandung dalam surah al-Fatihah yang elok untuk kita fahami iaitu:

· Pertama: Menetapkan wujudnya Allah SWT pada ayat ‘alhamdulillahi rabbil alamiin’ (segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam).
· Kedua: Menyebut kesimpulan sifat kebesaran (al-Jalaal) dan sifat kesempurnaan (al-kamal) yang terkandung dalam ayat ‘ar-Rahmanir Rahim’ (yang Maha Merahmati lagi Maha Mengasihani).
· Ketiga: Menyatakan ada Hari Kiamat yang padanya kelak akan menerima balasan amal. Justeru, manusia tidak harus menumpukan usaha mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata. Kenyataan itu pada ayat ‘Maliki Yaumiddin’ (yang menguasai pemerintahan hari pembalasan).
· Keempat: Menerangkan tugas manusia yang kerananya ia diciptakan. Tugas manusia adalah ibadat seperti dalam ayat iyya kana’budu (Hanya kepada-Mu yang kami sembah). Sebab segala ibadat diperlukan manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak dan menyucikan jiwa. Dengan iman yang hidup, tubuh sihat, akhlak baik dan jiwa bersih akan berhasil kebahagiaan manusia.
· Kelima: Memperkatakan mengenai kelemahan manusia bahawa ia tidak dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah dan izin-Nya. Perkara itu disebut dalam ayat ‘waiyyakanasta’iin’ (dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan).
· Keenam: Menerangkan perkara utama yang dihajati kepada Allah ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang membawa kebahagiaan dan cara melaluinya seperti disebutkan dalam firman-Nya: ‘Ihdinas shiratal Mustaqim ‘ (Tunjukkan kami jalan yang lurus). Ada pelbagai jalan yang akan ditempuh manusia menerusi pelbagai cara disebabkan berbeza tabiat, adat dan hawa nafsu.
· Ketujuh: Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah manusia terdahulu dan hal ehwal mereka. Dengan itu, mereka memilih apa yang menyebabkan kebahagiaan, sentiasa berwaspada serta menjauhkan diri daripada perkara yang menyebabkan kecelakaan sehingga dapat hidup di dunia dengan selamat di samping mendapat nikmat kekal di akhirat iaitu syurga. Insya-Allah, dengan usaha memahaminya akan menjadikan kita khusyuk dalam solat.
Ketulusan hati, tenang rahsia khusyuk dalam solat
Bergelumang maksiat, tanggung hajat hanya ganggu tumpuan
Soalan:
Soalan:
SAYA ingin bertanya, bagaimana sebenarnya cara untuk khusyuk dalam solat. Adakah petua-petua yang saya boleh gunakan untuk khusyuk? Ada kalanya saya boleh khusyuk dan pada masa lain pula sukar.
Jawapan:
ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah, waba’d.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun ayat 1 dan 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya sudah berjaya orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solat.”
Persoalannya, bagaimanakah untuk kita mencapai tahap solat yang seharusnya dikerjakan oleh seorang yang beriman? Adakah mencukupi sekiranya seseorang itu mengerjakan solat bagai ayam makan padi, belum sempat dahi kepala menyentuh tempat sujud, sudah kembali bangkit dengan tergopoh gapah? Adakah orang begini dikira sebagai khusyuk? Sudah tentu tidak.
Ada ulama yang menjawab persoalan ini dengan mengatakan khusyuk ialah apabila seseorang itu bersolat dalam keadaan tetap, tenang tanpa bergerak, bergoyang atau menoleh ke kiri dan ke kanan. Diceritakan suatu ketika Saidina Umar bin al-Khattab terpandang seorang lelaki yang sedang memegang dan bermain-main janggutnya ketika solat, lalu Saidina Umar berkata: “Seandainya khusyuk hati lelaki ini nescaya khusyuklah segala anggota.”
Ada juga ulama mengatakan bahawa orang yang khusyuk adalah orang yang memberi sepenuh perhatian, pemikiran, ingatan dan lintasan hati kepada solat yang dikerjakan dengan meneliti makna ayat-ayat yang dibaca dan menghayati keseluruhan solat itu sendiri tanpa memasukkan dalam ingatan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat yang mengganggunya untuk khusyuk.
Justeru, apabila seseorang hendak mendirikan solat, namun pada masa yang sama makanan sudah dihidangkan, maka Rasulullah memerintahkan untuk kita makan dulu sekiranya waktu solat masih panjang.
Selain itu kita dilarang untuk menahan kentut atau buang air kecil atau buang air besar sekiranya hendak mendirikan solat.
Imam Ghazali RHM meletakkan beberapa pendekatan untuk kita khusyuk iaitu:

· Pertama - hendaklah mengetahui dan memahami benar-benar solat yang dikerjakan.
· Kedua - Ketika solat hendaklah berhampiran hadapan dinding.
· Ketiga - Hendaklah sentiasa memandang ke tempat sujud.
· Keempat - Tempat sujud janganlah ada sebarang gambar atau lukisan.
Jika anda mengerjakan solat dengan khusyuk dan penuh ketenangan, Allah akan menyegerakan pahala dan ganjaran anda. Tetapi jika anda tidak boleh khusyuk, anda tidak boleh meninggalkannya kerana solat itu wajib dan amal yang fardu.
Jika anda mengerjakannya terus menerus tanpa meninggalkannya, anda akan mendapat pahala. Anda juga hendaklah faham bahawa Allah SWT tidak menuntut tanggungjawab terhadap persoalan-persoalan yang kita tidak mampu melaksanakannya. Mungkin kita perlu muhasabah kembali kenapa susah untuk khusyuk. Adakah kita masih tidak meninggalkan maksiat? Begitu juga hendaklah memastikan segala hajat seperti buang air besar atau kecil ditunaikan dulu.
Usahakan untuk memahami bacaan dalam solat. Di samping itu, hendaklah menyedari setiap pertuturan dan pergerakan dalam solat. Seterusnya, hendaklah merasakan diri sangat kerdil dan lemah di hadapan Allah SWT.

Solat Jumaat boleh dijamak dengan Asar ketika musafir
ASSALAMUALAIKUM ustaz. Saya ingin bertanya solat Jumaat ketika musafir. Sekiranya saya sudah melakukan solat Jumaat, bolehkah saya jamakkan dengan solat Asar? Soalan kedua, ketika saya musafir, bolehkah saya mengikut imam solat Maghrib berjemaah dengan penduduk suatu tempat, kemudian saya terus melakukan solat jamak dan qasar solat Isyak bersendirian? Saya pernah mendengar ketika hujan boleh dilakukan solat jamak, betulkah begitu?
ALHAMDULILLAH, wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud: “Apabila kamu berjalan (musafir) di muka bumi, maka tidaklah berdosa bagi kamu qasarkan (memendekkan) solat, jika kamu takut diserang oleh orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.”

Ayat itu diturunkan berkaitan dengan sekelompok orang Bani Najjar yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami ini sering merantau untuk berniaga. Bagaimana cara kami melakukan solat? (Hadis riwayat Ibnu Jarir).
Walaupun ayat 101 surah an-Nisa’ menceritakan keadaan yang ketakutan, solat Jamak dan Qasar juga boleh dilakukan ketika musafir dalam keadaan aman. Manakala disebut dalam satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas beliau berkata: “Rasulullah SAW apabila berangkat dalam perjalanan (rehlah) sebelum tergelincir matahari, Baginda akan menta’khirkan solat Zuhur ke waktu Asar. Kemudian Baginda turun (berhenti) Baginda menjamakkan kedua-duanya (Zuhur dan Asar). Maka jika sudah tergelincir matahari sebelum Baginda berangkat, Baginda solat Zuhur dulu kemudian Baginda baru naik kenderaan.
Berbalik kepada pertanyaan saudara, sekiranya saudara melakukan solat Jumaat ketika musafir, saudara boleh menjamak (menghimpun) dengan solat Asar. Begitu juga sekiranya saudara sudah melakukan solat Maghrib berjemaah dengan penduduk tempatan, saudara boleh terus melakukan solat Isyak qasar (memendekkan kepada dua rakaat) sebagai jamak taqdim.
Seseorang dibolehkan untuk menjamak antara Zuhur dan Asar atau Maghrib dan Isyak ketika:
Pertama: Berada di Arafah dan Muzdalifah
Kalangan ulama sudah sepakat bahawa jamak antara Zuhur dan Asar di Arafah, jamak takdim pada waktu Zuhur dan antara Maghrib dan Isyak, jamak takhir di Muzdalifah adalah sunnah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Kedua: Berada dalam safar
Jamak (menghimpun) antara dua solat dalam musafir adalah harus (boleh) menurut pendapat kebanyakan ulama. Tidak ada beza antara musafir singgah pada suatu tempat atau sedang berjalan.
Ketiga: Kerana hujan
Ulama mazhab Syafie membolehkan jamak bagi orang yang bermukim, iaitu jamak taqdim sahaja dengan syarat ada hujan ketika ihram (takbir) solat pertama, sesudah selesai yang pertama kemudian dimulakan yang kedua. Perlu diketahui bahawa rukhsah (keringanan) ini tertentu dengan orang yang solat berjemaah di masjid yang datang dari jauh yang mengalami kesukaran dalam perjalanan. Adapun orang yang tinggal berdekatan masjid atau solat berjemaah di rumahnya atau boleh ke masjid dengan memakai payung, maka tidak dibolehkan mereka menjamak solatnya.
Keempat: Kerana sakit atau uzur
Imam Ahmad, al Qadhi Husain, al Khaththaby, Mutawalli daripada ashhab as-Syafi’I berpandangan bahawa menjamakkan solat kerana uzur (sakit), baik taqdim mahupun ta’khir dibolehkan kerana kesukaran. Sakit lebih kuat daripada kesukaran yang lain. Imam an-Nawawi berkata: Pendapat ini dalilnya kuat.

Tinggal solat kerana tertidur tak dikira cuai
APA yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlambat bangun untuk sembahyang Subuh?
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.”
Jika saudara tertidur sehingga keluar waktu solat Subuh, maka saudara hendaklah segera bersiap-siap untuk mengqada solat Subuh. Jika tertinggal solat Zuhur umpamanya, dan dia sedar pada waktu Asar, maka hendaklah ia segera qadhanya pada waktu Asar.
Mengqada solat adalah wajib, manakala menyegerakannya adalah sunat seperti satu hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tidur salah seorang kamu sehingga meninggalkan solat atau terlupa daripadanya, maka hendaklah ia segera solat apabila ia teringat kerana Allah SWT berfirman: “Dirikanlah kamu akan solat untuk mengingati-Ku.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah, beliau berkata: “Mereka menyebut kepada Nabi SAW tentang tidur mereka sehingga terlepas waktu solat. Maka Baginda bersabda: Tidaklah sebab tidur dikira kecuaian. Kecuaian itu hanya dikira sekiranya dalam keadaan jaga. Maka apabila salah seorang kamu lupa sembahyang, atau tidur lena sehingga meninggalkan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang apabila dia ingat.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya Saidina Umar datang pada Hari Khandaq, sesudah terbenamnya matahari, yang mana dia mencaci orang kafir Quraisy seraya beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku hampir tidak solat Asar, sehingga hampir matahari masuk (terbenam).
Maka Nabi SAW menjawab: Demi Allah aku pun belum sembahyang. Maka Baginda berwuduk dan kami pun berwuduk. Maka Baginda sembahyang Asar sesudah matahari masuk (terbenam), kemudian Baginda mengerjakan sembahyang Maghrib sesudahnya.